Saya di lahirkan di Bagan Serai, Perak.Anak yang ke tujuh dari sepuluh orang dan walaupun hidup dalam keadaan serba sederhana namun kami sekeluarga sangat gembira.Dengan berbekalkan keputusan SPM saya melanjutkan pelajaran saya ke Universiti pertama saya di utara tanahair iaitu di Perlis Indera Kayangan bernama Universiti Teknologi Mara di peringkat diploma.Berbekalkan pointer diploma yang agak baik saya terus mengorak langkah seterusnya untuk mengapai ijazah pertama saya juga di Universiti Teknologi Mara namun tempat yang berbeza iaitu di Shah Alam, tempat kampus induknya.